BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday 5 August 2011

BAHAGIAN D (PUISI MELAYU TRADISIONAL)-SOALAN LATIHAN

BAHAGIAN D – PUISI MELAYU TRADISIONAL
PANTUN BUDI ( 2 KERAT )
SOALAN 1:

Yang kurik kundi, yang merah saga;
Yang baik budi, yang indah bahasa.

Baik-baik bertanam ubi;
Baik-baik menabur budi.

Tebu, pisang, ubi, keladi;
Abang sayang, adik berbudi.

Ada padi taruh dalam gelas-,
Kalau tak mati boleh balas.

Ada ubi ada batas;
Ada budi ada balas.
(Majlis Peperiksaan Malaysia (peny'.) 2003.
Mutiara Sastera Melayu Tradisional.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka)
(a) Huraikan dua mesej yang terdapat dalam puisi ini. ( 6 markah )
(b) Jelaskan tiga ciri puisi ini. ( 6 markah )
SKEMA JAWAPAN:
Soalan 1- Pantun Dua Kerat (12M)

(a) Dua mesej yang terdapat dalam puisi ini ialah:
(i) Berhati-hati apabila berbudi - kita dinasihati supaya berhati-hati apabila berbudi kerana ada ketikanya orang akan mengambil kesempatan ke atas diri kita.

Baik-baik bertanam ubi;
Baik-baik menabur budi. (3M)

(ii) Budi yang mesti dibalas - budi yang diterima daripada seseorang mestilah dibalas, jika ada kemampuan untuk membalasnya.

Ada ubi ada batas;
Ada budi ada balas. (3M)


(b) Tiga ciri puisi ini ialah:
(i) Jumlah perkataan dalam baris adalah 3 hingga 6 perkataan:
Baik-baik bertanam ubi - 3 perkataan Yang kurik kundi, yang merah saga - 6 perkataan. (2M)
(ii) Jumlah suku kata dalam baris adalah 8 hingga 11 suku kata.
Ada ubi ada batas - 8 suku kata
Yang baik budi, yang indah bahasa -11 suku kata (2M)
(iii) Rima bagi semua rangkap ialah a-a. (2M)
SOALAN 2:
Bunga Cina di atas batu,
Jatuh daunnya ke dalam ruang;
Adat dunia memang begitu,
Sebab emas budi terbuang.

Buah langsat kuning mencelah,
Senduduk tidak berbuah lagi;
Sudah dapat gading bertuah,
Tanduk tidak berguna lagi.

Baik bergalas baik tidak,
Buh-buli bertali benang;
Baik berbalas baik tidak,
Asal budi sama dikenang.

Tanam lenggundi tumbuh kelapa,
Terbit bunga pucuk mati;
Budi tuan saya tak 1upa,
Sudah terpahat di dalam hati.

Padi dan nanas tanam di tanjung,
Tempat pipit berbuat sarang;
Budi dan emas sama dijunjung,
Hidup aman dikenang orang.

(Majlis Peperiksaan Malaysia (peny.) 2003.
Mutiara Sastera Melayu Tradisional.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

(a) Jelaskan dua persoalan yang terdapat dalam puisi ini.
(b) Nyatakan dua gaga bahasa dalam puisi ini berserta contohnya. (8 markah (5 markah

SKEMA JAWAPAN:
Soalan 2 - Pantun Empat Kerat (13M)
(a) Dua persoalan dalam puisi ini ialah:
(i) Persoalan mengenai perbezaan sikap manusia (1M)
Dalam puisi ini terdapat perbezaan yang jelas mengenai sikap manusia. Ada manusia yang mementingkan harta kekayaan. Apabila mereka beroleh kekayaan, mereka akan lupa kepada orang yang tidak bernasib baik.
Sudah dapat gading bertuah,
Tanduk tidak berguna lagi. (3M)
Persoalan mengenai keduduka.%

SOALAN 3
Sutan Muda dari Lampung,
Memikul cangkul dengan bajak,
Singgah minum di lepau nasi;
Sudah serkah tempat bergantung,
Telah patah tempat berpijak,
Budi yang baik tetap di hati.
Banyak orang di Bukit Cina,
Daun nanas serak-serakan,
Burung tempua di pohon saga;
Zaman sekarang ringgit berguna,
Emas perak jadi taruhan,
Budi baik terpinggir juga.
Padi bukit padi huma,
Taruh mari di dalam peti,
Dibawa orang ke Tanjung Jati;
Budimu tuan saya terima,
Sudah terlekat di dalam hati,
Terpahat kukuh hingga ke mati.
Buah lada lebat di pangkal,
Gugur daun dengan buahnya,
Dibawa dagang pergi seberang;
Sungguh ringgit penuh sekapal,
Budi tiada apa gunanya,
Nama pun tidak disebut orang.
Dari Johor ke Majapahit,
Singgah berlabuh di Pulau Bangka,
Ambil muatan gula dan rempah;
Jika masyhur budi yang baik,
Jangan pula mengada-ngada,
Orang keliling jadi menyampah.
(Majlis Peperiksaan Malaysia (peny.) 2003.
Mutiara Sastera Melayu 7yadisional.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
a) Huraikan dua perkara yang dikesalkan oleh pengarang dalam puisi ini.
b) Huraikan empat gaga bahasa puisi ini.
C) Huraikan dua nilai kemanusiaan yang terdapat dalam puisi ini.


SOALAN 4

Semenjak kentang yang jadi gulai,
Ubi tidak bersama lagi,
Taruh pueuknya di tepi kah,
Tempat mandian si anak desa;
Semenjak ringgit yang jadi nilai,
Budi tidak dipandang lagi,
Terbuang tersisih tidak peduh,
Tinggallah hati menjeruk rasa.

Daun selasih daun keladi,
Keladi ditanam di tepi tanjung,
Tanjung bernama Tanjung Karang,
Tempat orang mengail sepat;
Hati kasih kerana budi,
Budi baik rasa nak junjung,
Sampai bila dikenang orang,
Kenangan sampai ke akhir hayat.

(Majlis Peperiksaan Malaysia (pent'.) 2003.
Mutiara Sastera Melayu ~adisional.
(a) Jelaskan maksud keseluruhan pantun di atas. (10 markah)
(b) Huraikan bentuk pantun ini. (10 markah)
Jelaskan terra bagi pantun ini. (5 markah)

SOALAN 5

Burung pipit terbang melayang,
Mari hinggap di rumpun padi,
Padi terletak di balik mayang,
Mayang berada di sudut laman,
Laman dihias pohon kelapa;
Bukan ringgit pandangan orang,
Pandangan atas bahasa budi,
Budi yang baik tak akan hilang,
Tetap dikenang sepanjang zaman,
Sampai mati terkenang jua.
Sumber.- Hamidah Adam, Batu Pahat, Johor, 2001.
(Majlis Peperiksaan Malaysia (pent'.) 2003.
Mutiara Sastera Melayu Tradisional.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka)

a. Huraikan maksud pantun tersebut ( 6 markah )
b. Jelaskan dua ciri pantun tersebut ( 5 markah )


SOALAN 6

Tarik kerakap batang padi,
Dibawa orang dari laut,
Padi jangan digemparkan,
Kalau gempar antara gugur,
Bila gugur masuk perigi,
Di situ ditanamkan pula;
Tuan seorang yang baik budi,
Sebab budi hati terpaut,
Walau sedetik tidak terlupakan,
Kalau lupa antara tidur,
Dalam tidur menjadi mimpi,
Jika terbangun teringat pula.
Sumber: Hamidah Adam, Batu Pahat, Johor, 2001.
(Majlis Peperiksaan Malaysia (pent') 2003.
Mutiara Sastera Melayu Tradisional.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

a. Jelaskan dua nilai yang terdapat dalam puisi tersebut ( 6 markah )
b. Bincangkan unsure bunyi dan gaya bahasa yang terdapat dalam puisi di atas ( 8 markah )


SOALAN 7
Anak itik terenang-renang,
Renang mari dalam telaga;
Adat budi dikenang-kenang;
Budi yang baik sukar dilupa.
Renang mari dalam telaga,
Diambil seekor si anak Bentan;
Budi yang baik sukar dilupa,
Walau setitik bagai lautan.
Diambil seekor si anak Bentan,
Diberi makan di tapak tangan;
Walau setitik bagai lautan,
Apatah lagi jika berpanjangan.

Diberi makan di tapak tangan,
Dedak beras bercampur padi;
Apatah lagi jika berpanjangan,
Tidak terbalas hingga ke mati.

Dedak beras bercampur padi,
Padi bukit enak rasanya;
Tidak terbalas hingga ke mati,
Kepada Allah pohon ganjarannya.
Sum ber.- Hamidah Adam, Batu Pahat, Johor, 2001.
(Majlis Peperiksaan Malaysia (pent'.) 2003.
Mutiara Sastera Melayu Radisional.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka)

a. Huraikan maksud keseluruhan pantun di atas ( 10 markah )
b. Berikan empat ciri pantun di atas ( 8 markah )
c. Jelaskan dua persoalan dalam pantun di atas ( 7 markah )

Wednesday 3 August 2011

PUISI-PUISI MELAYU TRADISIONAL

TALIBUN